s

Thursday, April 21, 2011

Sejarah mengenai Keyboard



Susun atur papan kekunci QWERTY telah direka dan dicipta dalam tahun 1860 oleh pencipta mesin taip moden pertama, Christopher Sholes, seorang editor surat akhbar yang tinggal di Milwaukee. Pada asalnya, huruf pada mesin taip telah diatur menurut abjad, satu bar logam telah dipasang pada setiap hujung abjad yang bertujuan memberi tekanan dakwat pada kertas apabila kuncinya ditekan. Bagaimanapun, sebaik sahaja seorang operator telah mempelajari untuk taip dengan lajunya, bar-bar bersama kertas menjadi sangkut antara satu sama lain kerana papan kekunci tersusun rapat. Memaksa jurutaip menanggalkan typebars secara manual dan juga sering mengotorkan kertas kerja Seorang rakan perniagaan Sholes, James Densmore, mencadangkan supaya membuat penyusunan semula ke atas huruf pada papan kekunci untuk mencepatkan taip menaip dengan mengasingkan typebars supaya ia tidak menindih typebar yang lain pada masa yang sama. Disebabkan pengguna sudah biasa menggunakan keyboard jenis QWERTY dari zaman mesin taip. Maka bentuk susunannya tidak diubah sehingga kini.

No comments:

Post a Comment

Semangat Merdeka Jalur Gemilang

Soal Jawab ICT

Followers