s

Sunday, February 20, 2011

Skuriti Bank macam kurang berkesan.. pendapat anda?

KUALA LUMPUR: Kes kerugian sebuah bank tempatan yang didakwa memberi pinjaman berjumlah RM19 juta kepada dua syarikat bagi tujuan membekalkan alat ganti pesawat MiG-29N milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kini dalam sisatan polis.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata pihak bank telah membuat laporan polis selepas mendapati kedua-dua syarikat berkenaan sebenarnya tidak wujud.
“Kita sedang jalankan siasatan berhubung kerugian bank itu setelah pihak bank menyerahkan wang pinjaman berjumlah RM19 juta kepada dua syarikat yang kononnya pinjaman terbabit dibuat bagi membekalkan alat ganti pesawat MiG-29N.
“Siasatan itu telah dimulakan sejak polis menerima laporan berhubung kes itu minggu lepas dan ia disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Maulidur Rasul 1432H/2011M peringkat Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas laporan sebuah akhbar hari ini berhubung kes dua syarikat yang mengemukakan permohonan kepada sebuah bank bagi membuat pinjaman korporat untuk membolehkan mereka membeli alat-alat ganti pesawat MiG-29N.
Kedua-dua syarikat itu didakwa mengemukakan maklumat serta dokumen lengkap yang meyakinkan pihak bank untuk meluluskan pinjaman berkenaan.
Bagaimanapun, hasil pemeriksaan yang dijalankan, pihak bank mendapati syarikat itu tidak wujud dan pihak bank turut gagal mengesan individu yang membuat pinjaman berkenaan. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Semangat Merdeka Jalur Gemilang

Soal Jawab ICT

Followers