s

Monday, November 8, 2010

Jenayah siber meningkat di Malaysia

JENAYAH siber dan pencabulan keselamatan Internet di Malaysia meningkat dalam lima tahun lalu dengan purata sebanyak 500 kes dilaporkan setiap tahun, kata Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia baru-baru ini.

NSTP emedia/Berita Harian Online melaporkan timbalan menterinya, Datuk Tan Chai Ho, berkata dari Ogos 1997 hingga Julai 2002, Malaysia mengalami 3,050 kes terkumpul jenayah berkaitan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

Menurut beliau, bilangan kes yang dilaporkan sebanyak 503 pada tahun 2000 telah meningkat kepada 923 kes pada 2001, dengan sebanyak 14 individu telah disabitkan mengikut undang-undang siber pada 2000 dan 10 pada tahun lalu.

Katanya lagi, antara Ogos hingga Disember 1997, sebanyak 115 kes dilaporkan terdiri daripada pemalsuan komputer, serangan virus, gangguan, pencerobohan, pemusnahan melalui mel, mel tidak diundang dan ancaman pencerobohan komputer.

Pada 1998, terdapat 342 kes, 1999 (728 kes), 2000 (503 kes), 2001 (932 kes) dan bagi enam bulan pertama tahun ini, angkanya berjumlah 430 kes.

No comments:

Post a Comment

Semangat Merdeka Jalur Gemilang

Soal Jawab ICT

Followers