s

Wednesday, April 11, 2012

ANTIVIRUS

Anti virus

Sebelum kita mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai perisian antivirus, kita perlu mengetahui apakah takrif atau definisi perisian antivirus tersebut. Perisian antirivirus adalah sejenis perisian yang digunakan untuk mengesan tanda-tanda kemunculan virus di dalam komputer. Pada masa kini terdapat pelbagai jenis perisian antivirus yang menawarkan pelbagai kemudahan seperti auto scan, click and clean dan sebagainya. Kesemua perisian ini bertujuan untuk melindungi komputer kita daripada gangguan virus komputer yang pelbagai. Berikut adalah diantara perisian antivirus yang berada di pasaran dan laporan mengenainya

Dr.Solomon Antivirus Toolkit

Perisian ini dikatakan adalah yang terbaik kerana ia mampu mengesan semua jenis virus dan hampir 89 peratus virus berjaya dihapuskan. Dari segi kelemahan pula, perisian ini dikatakan agak mahal dan sukar untuk mendapatkan perisian yang terkini (update) kerana penghantaran hanya melalui/menggunakan disk.
Walaupun harganya agak mahal iaitu US$85. Ia adalah yang terbaik kerana mampu mengesan semua jenis virus yang telahpun dikenal pasti melalui satu ujian untuk mengetahui tahap atau mutu sesuatu perisian antivirus yang dikawal oleh NCSA (National Computer Security Association) iaitu sebuah badan yang pakar di dalam bidang virus komputer. Sebanyak 2767 ekor virus telah dikenal pasti dan digunakan di dalam ujian tersebut. Ia dikatakan ramah pengguna kerana tidak memerlukan arahan yang panjang. Anda hanya menekan satu butang sahaja untuk mengesan virus dan semua tugas dilakukan untuk anda. Disamping itu, ia juga mempunyai encyclopedia mengenai virus-virus yang dikenal pasti dan kesan-kesan yang disebabkan oleh virus tersebut. Di samping itu, ia juga menyediakan "Magic Bullet" iaitu "bootable floppy disk" yang membenarkan anda mengesan dan memusnahkan virus di dalam mana-mana sistem komputer. Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut lagi. Anda boleh pergi ke halaman http://www.drsolomon.com

F-Prot Profesional

Perisian ini dikatakan kedua terbaik di dalam mengesan virus. Mempunyai pilihan yang boleh ditentukan oleh kita. Ia juga boleh menghantar email amaran sekiranya virus ditemui. Dari segi kelemahan pula, untuk mengemaskinikan fail pengenalan virus memerlukan password dan pemasangan semula "reinstallation". Dari segi harga juga, ia adalah lebih mahal berbanding dengan Dr.Solomon. Walaupun agak mahal iaitu dengan harga US$99, ia merupakan antivirus yang paling berkesan dan aggrasive dimana ia boleh mengesan virus bagi kawasan LAN. Sekiranya anda merupakan pengguna windows 95 atau perisian yang tidak disambungkan dengan mana-mana komputer lain. F-Prot adalah tidak sesuai untuk anda. Menurut ujian yang dijalankan, F-Prot berjaya mengesan hampir 99 peratus jenis virus dan berjaya menghapuskan sebanyak 78 peratus daripada virus yang ditemui.
Ciri-ciri yang ditawarkan juga agak mudah. Ia membenarkan anda untuk mengesan tempat-tempat tertentu dengan mengikut jadual-jadual tertentu. Ini dapat menjimatkan masa dengan membiarkan fail yang telah dikesan dan telah pasti bahawa tiada mempunyai tanda-tanda diserang virus. F-Prot merupakan satu-satunya perisian yang mampu menghantar email sekiranya virus ditemui di dalam sesuatu kawasan LAN. Ia juga mampu menghatar fail yang dijangkiti kepada System Administrator.

IBM Antivirus Version 2.5

Perisian ini boleh dikatakan agak bagus dari segi mengesan virus. Walaubagaimanapun, agak sukar untuk menghapuskan virus.Menurut laporan IBM Antivirus menggunakan satu kaedah untuk mengesan virus-virus yang baru. Dengan harga US$49, ia dikatakan agak sesuai dengan harganya yang agak murah disamping mampu mengesanbanyak jenisvirus. Walau bagaimanapu, terdapat banyak kelemahan yang menyebabkan kita sukar untuk mengesyorkan anda menggunakannya.
IBM Antivirus adalah satu-satunya program yang tidak akan menghapuskan virus, melainkan apabila ia pasti bahawa dengan berbuat demikian tidak akan merosakkan fail yang dijangkiti. Sekiranya ia menjumpai virus yang tidak boleh dibuang, anda terpaksa membuat pilihan untuk memadamkan sahaja fail tersebut. Ini bermakna anda terpaksa memasangkan semula program asal. Walau bagaimanapun, sebagaimana program sebelum ini, ia mampu menghapuskan 100% jenis "boot virus ". Walaubagaimanapun, antara ciri-ciri lain adalah, IBM Antivirus hanya membenarkan anda membuat "bootable emergency disk" semasa pemasangan sahaja. Untuk membuat "bootable emergency disk" anda terpaksa mengulangi proses pemasangan sekali lagi. Bagi anda yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut lagi, bolehlah pergi ke alamat

No comments:

Post a Comment

Semangat Merdeka Jalur Gemilang

Soal Jawab ICT

Followers