s

Wednesday, October 7, 2009

Pengguna Internet

Fakta Pengguna Internet Malaysia Jika kita lihat di akhbar harian terutamanya Kosmo minggu ni, topik mengenai Internet dan blog agak popular ditulis oleh wartawannya. Saya tertarik pada artikel Kosmo 10hb April 2009, Khamis di mana fakta-fakta mengenai penggunaan Internet di Malaysia memang agak mengejutkan dan memberangsangkan sekali. Jurang pengguna lelaki dan wanita juga tidak jauh beza. Mengikut artikel tersebut, Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (MCMC) mendedahkan pada 2006, pengguna internet lelaki adalah 53% dan wanita 47% dan trend ni dijangka berterusan. MCMC juga merekodkan lebih 13 juta pengguna internet di Malaysia setakat September 2006 dan yang menariknya 2 juta daripadanya adalah pengguna internet dari rumah (Disember 2006) Fakta profil pengguna Internet Malaysia pula memang menarik minat saya untuk berkongsi dengan anda:

1) Pengguna Internet bermula dari usia muda

2) Mungkin datang dari keluarga yang terdiri dari 5 orang dan bekerja dengan pendapatan bulanan antara RM1,000 hingga RM3,000.

3) Berkongsi kata laluan(password) dengan ahli keluarga lain

4) Pengguna Internet rumah bertambah kepada 15 jam dalam seminggu dengan tujuan: a) Cari maklumat (84.5%) b) Berkomunikasi(80.7%) c) Keseronokan (52.6%) d) Pendidikan (45.9%) e) Perbankan(23.6%)

5) Pembeli produk secara online pula, membeli tiket penerbangan (43.8%), membeli buku (15.6%) dan muzik (6.8%) Fakta-fakta di atas sungguh menarik dan menjadi sebab mengapa sekarang begitu banyak perniagaan online di Malaysia dan juga buat duit di Internet dengan laman web dan blog.

No comments:

Post a Comment

Semangat Merdeka Jalur Gemilang

Soal Jawab ICT

Followers