s

Wednesday, October 7, 2009

Seminar ICT

upsi5

Tema Seminar: Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT ) dalam pendidikan.

Sub Teme: ICT dalam pendidikan, e-pembelajaran, Open Source, Multimedia, Koswer Instruksi, Rangkaian, Kepintaran Buatan, Virtual Reality, Pengaturcaraan, m-pembelajaran, Scurity

Ucaptama : Prof Madya Ruhani Abd Rahman. Penyelaras Cisco Networking Academy, Fakulti kejuruteraan Elektrik, UiTM

Unit ICT

Unit ICT SMKTARP Telah ditubuhkan pada Jan 1999.Adalah menjadi matlamat Unit ini untuk melaksanakan rangkaian network menyeluruh, servis komputer, penggunaan perisian di dalam pendidikan. ICT juga bertanggungjawab untuk membangunkan teknologi ICT selaras dengan pembangunan IT yang terkini. Bagi tujuan pembangunan staf, ICT memainkan peranan untuk menganjurkan kursus kepada kakitangan bukan akademik untuk menghasilkan pekerja yang mampu melaksanakan tugas dengan lebih berkesan. Matlamat utama unit ICT adalah untuk memaksimakan penggunaan teknologi dan rangkaian dan juga perkhidmatan ICT di dalam lajaran dan pendidikan. -Mengendalikan rangkaian Menyeluruh SMKTARP. -Menyokong sistem-sistem yang digunakan di pentadbiran sekolah seperti PPSMI, ISIS, EMIS Data,Pengurusan Bestari dan sebagainya. -Mentadbir laman web SMKTAR tercanggih dan terkini. -Kursus berkaitan ICT kepada staf bukan akademik. -Membaik pulih komputer dan pengagihan komputer kepada seluruh jabatan dan unit-unit.

Google Dalam Pendidikan

Google Dalam Pendidikan

nazri saad3

Untuk Perhatian: En Nazri B Saad (Pengarah ICT Upsi) Pensyarah Multimedia .

Pengenalan : Bila di sebut tentang google, ia memang tidak asing lagi kepada peminat Internet Umum nya ia merupakan alat carian yang paling popular masa kini. Secara langsung google menjadi alat untuk membantu pendidik dalam menyediakan bahan PnP Google secara terus boleh digunakan dalam pengajaran yang di jalankan dalam ertikata google boleh dijadikan alat untuk pengajaran dan pembelajaran. Google Inc. (NASDAQ: GOOG dan LSE: GGEA) merupakan sebuah perniagaan persendirian di Amerika Serikat, berperanan dalam pencarian Internet dan iklan online. Perusahaan ini beroperasi di Mountain View, California, dan memiliki tenaga kerja seramai 19.604 orang (30 Jun 2008)[3][4] Falsafah Google meliputi slogan seperti “Don’t be evil”, dan “Kerja harusnya berdepan dengan cabaran dan penyelesaian ditangani dengan sebaik-baiknya.”, menggambarkan budaya perusahaan yang simple dan santai.

Google Map: Meninjau keadaan dan kedudukan bumi melalui satelite Mengkaji kedudukan satu tempat dengan tepat dan jelas, kerana ada imej yang di tunjukkan spt jalan dan bangunan Menjadikan bahan perbincangan keadaan mukabumi yang berbeza mengikut iklim seperti kawasan hutan dan padang pasir.

Google Erth: Meninjau keadann dan kedudukan bumi melalui satelite Berfungsi seperti juga googale map tetapi ini lebih kepada pembesaran mukabumi. Ertinya dari pandangan yang jauh kepada pembesaran sehingga berpuluh ribu kali. Dalam pendidikan sejarah kedudukan tempat bersejarah boleh dikaji melalui pencarian ini,seperti kedudukan pramid dan kedudukan tembok besar negra china di mana kedua-dua fungsinya ialah untuk membena benteng pertahanan. Fungsi yang sama tapi mempunyai bentuk yang berlainan.

Google Translate: Membolehkan pelajar dan guru membuat rujukan dan terjemahan bahasa dengan memberikan berbagai-bagai contoh penggunaan. Membolehkan pelajar merujuk dan menterjemah berbagai bahasa yang terdapat dalam dunia spt arab,China, Indonesia, india dll. Satu lagi produk google yang amat penting ialah google tanslate di mana penterjemahan boleh merentasi berbagai bahasa di dunia, penggunaan satu perkataan contoh eat (bahasa English) di terjemah kepada (bahasa Indonesia) menjadi makan, menyantap, mencekik, cas, merusak, memusnahkan , membakar dan mengganggu

Google video : Membolehkan guru dan murid mendapatkan video tentang pembelajaran geografi. Spt letupan gunung berapi di Pulau Jawa Sangat sesuai untuk bahan pepbelajaran kerana penemuan yang dirakam membuktikan sesuatu fenomena itu berlaku dengan jelas melalui rakaman video

Google Mail : Penghantaran bahan pembelajaran dan aktiviti tambahan seperti kerja rumah boleh di e-mail terus kepada pelajar Pelajar boleh membuat latih tubi. Pelajar boleh menghantar bahan kerja kursus tepat pada waktunya. Boleh menghubungi pelajar dalam masa yang singkat

Google Imej : Membenarkan guru dan pelajar mencari imej-imej yang sesuai dalam pembelajaran multimedia. Membuat perbandingan berbagai jenis imej dalam carian yang sama. Memudahkan pelajar bmembuat koleksi bagi memahimi konsep dan dapatan dari pelbagai sumber dan imej. Setiap imej ada penerangan

Google Doc : Membolehkan guru dan pelajar membuat pembelajaran secara kolaboratif, dimana bahan dari guru atau pelajar boleh dibincangkan bersama online. Membolehkan pelajar berbincang berkumpulan di rumah masing-masing Menambahbaikan kerja berkumpulan denga pencarian dan perbincangan.

Rujukan

  1. (29 April 2004)“Kebangkitan Google”. USA Today Diakses pada 1 Ogos 2007.
  2. Financial Tables. Google Investor Relations. Diakses pada 31 Januari 2008
  3. GOOGLE ANNOUNCES SECOND QUARTER 2008 RESULTS. Diakses pada 17 Julai 2009
  4. Info Perusahaan Google: Pengenalan.” Google. URL diakses pada 6 Januari 2007.
  5. Info Perusahaan: Pencapaian Google.” Google. URL diakses pada 23 Februari 2007.
  6. Page, Lawrence; Brin, Sergey; Motwani, Rajeev; Winograd, Terry. “Penilaian PageRank: Membawa Perintah ke dalam Web.” 11 November 1999.
  7. Battelle, John. “Kelahiran Google.” Wired Magazine. Ogos 2005.
  8. Li, Yanhong. “Menuju sebuah mesin pencari berkualiti.” Internet Computing, IEEE. 2 (4), Julai-Ogos 1998, 24-29.
  9. WHOIS – google.com. Diakses pada 10 Ogos 2007
  10. Google. “Pencapaian Google.” URL diakses pada 12 Julai 2006.
  11. Fried, Ian. “Sebuah perusahaan yang dipenuhi dengan kesuksesan teknologi.” CNET. 4 Oktober 2002. URL diakses pada 25 Februari 2007.
  12. Olsen, Stefanie. “Perkembangan Google.” CNET. 11 Julai 2003. URL diakses pada 25 Februari 2007.
  13. Staff Writer. “Google membeli gedung perkantoran dari Silicon Graphics.” Silicon Valley / San Jose Business Journal. 16 Juni 2006. URL diakses pada 25 Februari 2007.
  14. Thompson, Bill. “Apakah Google baik bagi Anda?BBC News. 19 Desember 2003. URL diakses pada 25 Februari 2007.

Gambar dari Skype

Koleksi foto dari Skype:

air terjunair terjun china

jambangan bungabunga roskekwa2

duriandurian2baby4

aiskrim2

birds2

jambangan ros

Makmal ICT

Unit ICT SMKTARP Telah ditubuhkan pada Jan 1999.Adalah menjadi matlamat Unit ini untuk melaksanakan rangkaian network menyeluruh, servis komputer, penggunaan perisian di dalam pendidikan. ICT juga bertanggungjawab untuk membangunkan teknologi ICT selaras dengan pembangunan IT yang terkini. Bagi tujuan pembangunan staf, ICT memainkan peranan untuk menganjurkan kursus kepada kakitangan bukan akademik untuk menghasilkan pekerja yang mampu melaksanakan tugas dengan lebih berkesan. Matlamat utama unit ICT adalah untuk memaksimakan penggunaan teknologi dan rangkaian dan juga perkhidmatan ICT di dalam lajaran dan pendidikan.

-Mengendalikan rangkaian Menyeluruh SMKTARP.
-Menyokong sistem-sistem yang digunakan di pentadbiran sekolah seperti PPSMI, ISIS, EMIS Data,
Pengurusan
Bestari dan sebagainya.
-Mentadbir laman web SMKTAR tercanggih dan terkini.
-Kursus berkaitan ICT kepada staf bukan akademik.
-Membaik pulih komputer dan pengagihan komputer kepada seluruh jabatan dan unit-unit.

Aktiviti 4 USM

Belajar sungguh sungguh target dapat A dalam ICT

kict1kict2

Surface Computing Technology

Teknologi terkini Multi Touch skrin oleh Microsoft Surface

Pengenalan

Bermula dari hanya idea sehingga terciptanya komputer pertama seluas sebuah makmal,kemudian kewujudan nya semakin kecil dan peribadi apabila IBM mencipta IBM PC yang pertama yang menjadi standet perkomputeran masa kini.Kini perkomputeran semakin jauh kehadapan dengan adanya mobil komputer ataupun komputer bimbit yang disertakan kemudahan akses internet tanpa wayar (3G). Kini ada lagi satu fenomena baru dalam keghairahan inovasi teknologi perkomputeran.Ianya dikenali sebagai teknologi “multi-touch”. Ianya satu teknologi antara muka input-output berbilang tugas yang tercanggih buat masa ini. Merujuk kepada Wikipedia,Multi-touch ialah satu teknik interaksi antara manusia dan komputer melalui satu perkakasan khas.Multi-touch merangkumi skrin sesentuh yang mampu mentafsir input dari pelbagai sentuhan melalui sistem perisian khas.

Teknologi ini sekurang-kurangnya telah pun dikaji dan dibangunkan sejak 25 tahun yang lepas oleh Universiti Toronto dan Bell Labs. Teknologi tercanggih ini telahpun di adaptasikan oleh Microsoft dalam produk terbaru mereka iaitu Microsoft surface. Menggabungkan teknologi multi-touch dan kepakaran sistem operasi dan aplikasi yang mereka miliki,Microsoft berjaya menghasilkan satu produk masa hadapan yang begitu mengagumkan. Microsoft Surface jika dilihat dari mata kasar hanyalah sebuah meja yang mempunyai skin tv biasa yang mendatar.Tetapi sejurus ianya dihidupkan anda pasti terkejut dengan kemampuan yang mampu dilakukan olehnya.

Sesiapa sahaja yang dapat mencapai skrin dapat berinteraksi secara terus dengan apa sahaja aplikasi yang ada di dalamnya, dari pemproses perkataan,memain semula ataupun menyunting pelbagai fail gambar atau musik atau video dalam satu masa yang sama.Ditambah dengan fungsi tanpawayar dan bluetooth anda buleh terus muaturun atau muatnaik fail dari telefon bimbit ataupun digital kamera anda dengan hanya meletak diatas permukaan skrin. Buat masa ini produk Microsoft Surface ini telahpun dipasarkan dan anggaran kasar harga produk ini ialah antara RM16,000 ke RM20,000 seunit.

Microsoft melancarkan Microsoft Surface, satu lagi teknologi baru yang bakal mengubah gaya hidup seharian pengguna. Surface menyediakan interaksi mudah antara pengguna dan kandungan digital melalui pergerakan tangan, sentuhan, dan objek fizikal. Serius ni. Ia pasti membuat siapa-siapa sahaja yang kagum terhadap iPhone kagum dan meleleh apabila melihat produk terbaru daripada Microsoft ini. Secara asas, Microsoft Surface ialah sebuah komputer berbentuk meja. Permukaan meja tersebut menjadi skrin (maka muncul nama “Surface”) dan juga perantara interaksi antara pengguna dengan komputer.

Bayangkan situasi ini: anda dan rakan anda duduk di atas sofa, sebuah kamera digital di tangan anda, dan Microsoft Surface di hadapan anda. Anda meletakkan kamera tersebut di atas permukaannya. Microsoft Surface mengesan kamera tersebut. Paparan pada permukaan meja tersebut terus memberikan reaksi, sambil sebuah gelombang menyala dengan lembut di bawah kamera tersebut, secara automatik ia memuat turun semua gambar daripada kamera digital anda dan memaparkan semuanya dalam skrin dalam keadaan berselerak. Anda boleh menyusun mana-mana gambar dengan meletakkan jari telunjuk anda pada permukaan meja tersebut dan mengheretnya ke tempat yang anda suka, seolah-olah mengheret objek sebenar. Kemudian, apabila anda ingin melihat sesebuah gambar dengan lebih jelas, anda boleh membesarkannya dengan mengheret menggunakan dua batang jari, satu ke kiri dan satu lagi ke kanan. Gambar tersebut akan membesar dengan sendirinya. Anda juga boleh menegakkan gambar yang diambil secara serong. Hanya gunakan jari.

Anda boleh menikmatinya bersama rakan anda di sebelah. Anda dan rakan boleh mengheret gambar dan membesarkannya secara serentak. Ingin berkongsi gambar anda dengan rakan anda? Boleh! Rakan anda meletakkan kamera digitalnya di atas meja tersebut, kemudian mengheret gambar-gambar anda kepada kamera tersebut. Apa yang berlaku ialah data gambar tersebut dimuat ke dalam simpanan kamera tersebut. Semuanya berlaku dalam bentuk digital yang telah dipaparkan secara visual.

Yeh, menarik bukan? Situasi ini hanyalah satu gambaran daripada serba kemungkinan yang boleh dialami menggunakan produk terbaru Microsoft Surface. Untuk feel yang lebih mendalam, anda boleh melihat persembahan Microsoft Surface dalam bentuk Flash (sambungan jalur lebar diperlukan). Maklumat lanjut mengenai pengumumam teknologi ini dan galeri gambar boleh didapati di laman ini.

Bahan surface.

Permukaan Touch Skreen diperbuat dari termoplastik getah asli (TPNR) yang diperkuat oleh gentian kaca tikar telah dikaji berfungsikan rawatan permukaan gentian kaca tikar menggunakan silana. TPNR yang digunakan adalah adunan polietilena berketumpatan tinggi (HDPE), getah asli (NR) dan cecair getah asli (LNR) pada nisbah HDPE/NR/LNR 50:40:10 yang telah diadun menggunakan mesin pengadun dalam. Keputusan menunjukkan bahawa agen pengkupelan silana telah memperbaiki sifat mekanik komposit. Ujian koyak menunjukkan peningkatan nilai tork daripada 0 hingga 15% kepekatan silana. Keputusan juga menunjukkan bahawa sifat regangan dan tenaga penyerapan hentaman didapati telah meningkat dengan kepekatan silana di mana kepekatan yang optimum adalah 15%. Bagaimanapun, data kekerasan tidak menunjukkan sebarang perubahan yang ketara dengan peningkatan kepekatan silana. Pemeriksaan morfologi terhadap sampel menggunakan mikroskop imbasan elektron juga menunjukkan bahawa perlekatan antara gentian kaca tikar dan matriks NR/HDPE telah meningkat dengan peningkatan kepekatan silana.

Penutup

Harapan kita sebagai pengguna ialah lebih banyak lagi syarikat yang membuat kajian dan pembangunan tentang teknologi multi-touch ini supaya teknologi ini berkembang ke sektor yang lebih luas seterusnya mencetuskan persaingan sihat yang akhirnya menguntungkan pengguna seperti kita.

Rujukan:

http://www.novavizio.com/ms/kiriman/microsoft-mengeluarkan-microsoft-surface

http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/jurnal/artikel.cgi?id=45siria6

Pengguna Internet

Fakta Pengguna Internet Malaysia Jika kita lihat di akhbar harian terutamanya Kosmo minggu ni, topik mengenai Internet dan blog agak popular ditulis oleh wartawannya. Saya tertarik pada artikel Kosmo 10hb April 2009, Khamis di mana fakta-fakta mengenai penggunaan Internet di Malaysia memang agak mengejutkan dan memberangsangkan sekali. Jurang pengguna lelaki dan wanita juga tidak jauh beza. Mengikut artikel tersebut, Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (MCMC) mendedahkan pada 2006, pengguna internet lelaki adalah 53% dan wanita 47% dan trend ni dijangka berterusan. MCMC juga merekodkan lebih 13 juta pengguna internet di Malaysia setakat September 2006 dan yang menariknya 2 juta daripadanya adalah pengguna internet dari rumah (Disember 2006) Fakta profil pengguna Internet Malaysia pula memang menarik minat saya untuk berkongsi dengan anda:

1) Pengguna Internet bermula dari usia muda

2) Mungkin datang dari keluarga yang terdiri dari 5 orang dan bekerja dengan pendapatan bulanan antara RM1,000 hingga RM3,000.

3) Berkongsi kata laluan(password) dengan ahli keluarga lain

4) Pengguna Internet rumah bertambah kepada 15 jam dalam seminggu dengan tujuan: a) Cari maklumat (84.5%) b) Berkomunikasi(80.7%) c) Keseronokan (52.6%) d) Pendidikan (45.9%) e) Perbankan(23.6%)

5) Pembeli produk secara online pula, membeli tiket penerbangan (43.8%), membeli buku (15.6%) dan muzik (6.8%) Fakta-fakta di atas sungguh menarik dan menjadi sebab mengapa sekarang begitu banyak perniagaan online di Malaysia dan juga buat duit di Internet dengan laman web dan blog.

Awasi Remaja ICT

Laman Web Lucah: awasi anak remaja punca rosak iman”

Era kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mendedahkan satu lagi cabaran getir iaitu serangan bahan pornografi melalui laman web. Dahulunya, cara mendapatkan bahan-bahan tesebut adalah melalui majalah seperti Playboy. Kini ratusan ribu laman web sedia menghidangkan khidmat yang sama atau lebih mengghairahkan.

Dengan melihat paparan-paparan yang menggiurkan, pasti iman akan goyah. Umat Islam kini terdedah kepada satu lagi medium yang jika tidak dibendung seawalnya, akan merosakkan iman dan akhlak. Internet sepatutnya digunakan untuk mencari ilmu pengetahuan, bagi mendekatkan diri makluk kepada Khaliq (Pencipta). Namun jika gejala ini tidak ditangani dengan iman dan takwa, ia akan bertukar menjadi alat pemuas nafsu. Ia pasti mendatangkan kemurkaan Maha Pencipta.

Masalah dan kesan

Aktiviti menonton bahan lucah di internet sebenarnya mengundang permasalahan sosial yang jauh lebih serius daripada yang terduga. Peningkatan kes perzinaan, rogol dan sumbang mahram sedikit sebanyak adalah tempias kegiatan memuaskan mata dengan gambar-gambar dari laman lucah. Hakikat ini janganlah cuba kita nafikan.

Menurut seorang pakar Psikologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), mereka yang melayari internet akan berasa bahawa mereka seolah-olah berada dalam satu fantasi seksual ciptaaan sendiri. Mereka akan cuba membayangkan bahawa aksi-aksi atau imej siber itu seolah-olah gambaran mereka sendiri yang sedang menikmati aktiviti seks.

Jika perbuatan menikmati bahan-bahan lucah di internet sudah menjadi satu ketagihan, pasti seseorang akan lalai tentang tanggungjawabnya kepada Allah. Syaitan pula akan tersenyum lebar melihat manusia yang terpijak perangkap dosa ciptaan teknologi internet.

Statistik

Penularan penghantaran bahan multimedia berunsur lucah tidak sekadar melalui laman web semata-mata, telefon bimbit turut menjadi mangsa. Pada tahun 2004, terdapat 14.2 juta pengguna telefon bimbit di negara ini. 30 peratus daripada angka ini adalah remaja lingkungan 15 tahun.

Golongan umur yang sedang mencari kepuasan ini dengan mudah akan terjerumus. Telefon bimbit berteknologi 3G yang mampu menghantar dan menerima bahan lucah seperti klip video harus meningkatkan keresahan kita terhadap gejala ini. Dengan teknologi yang mudah dimiliki, hampir setiap penguna telefon terdedah kepada bahayanya.

Selain itu, menurut laporan syarikat Trend Micro pula, sehingga akhir 2006 hampir 80 peratus daripada e-mel yang beredar adalah berstatus spam (emel sampah). Pernahkan dalam kalangan kita yang tiba-tiba menerima e-mel yang terpapar gambar wanita separuh bogel tanpa dikenali penghantarnya?

Lebih merisaukan, kanak-kanak turut tidak terdedah kepada gejala perosak iman ini. Dalam satu kajiselidik oleh NetValue pada 2001, dilaporkan seorang dari lima kanak-kanak di Britain didapati mengunjungi laman-laman lucah.

Ciri-ciri penyedia bahan lucah yang sukar dijejaki memburukkan keadaan. Menurut Tabung Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), pencarian bahan pornografi berkaitan kanak-kanak dengan enjin carian seperti Google merekodkan 450,000 pengguna setahun.

Kemudahan dan teknologi

Kemudahan internet kini mudah didapati di pusat-pusat siber. Kafe Siber walaupun merupakan tempat awan, turut dijadikan gelanggang melampias nafsu. Ada antara mereka yang sengaja memilih PC yang terletak di ceruk-ceruk supaya apa yang terpapar di skrin tidak mudah dijeling orang lain. Nafsu yang bergejolak memang begitu. Namun sedarlah bahawa Allah swt Maha Melihat.

Dalam pada itu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dilaporkan sedang mengkaji sistem penapisan bahan lucah di Kafe Siber. Pihak berwajib mungkin akan mengarahkan semua pusat siber memasangnya dalam menangani masalah kandungan tidak sopan di internet daripada berleluasa.

Perintah menundukkan pandangan

Menurut Dr. Sidek Baba, menonton bahan-bahan lucah turut dijadikan kaedah mengisi kesunyian. Amalan sebegini akan menimbulkan ketagihan dalam kalangan remaja yang sentiasa berasa ingin terus mengulanginya. Para remaja paling mudah terjebak kerana mereka punya keinginan mencuba yang tinggi. Justeru kepada mereka yang pernah terjebak, sengaja atau tidak, lama atau sekejap, bertaubatlah sementara pintu rahmatNya masih terbuka luas.

Terdapat juga laporan kes terpencil yang membabitkan pelajar universiti yang tidak dapat meneruskan pengajian kerana telah dirosakkan oleh laman web pornografi. Tumpuannya pada pelajaran terjejas kerana asyik terkenangkan ‘benda’ yang dia sukar melupakannya.

Rasulullah SAW dilaporkan pernah bersabda (lebih kurang maksudnya) “Wahai pemuda, barangsiapa yang mampu dikalangan kamu maka hendaklah berkahwin kerana sesungguhnya perkahwinan itu menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan dan barangsiapa tidak mampu maka hendaklah ia berpuasa kerana sesungguhnya puasa itu ada tutupan (menutup nafsu)”. Sudah tentu seseorang tidak akan merosakkan puasanya sambil melayari laman web haram sementara menunggu waktu berbuka.

Tanggungjawab siapa?

Dalam menghadapi gejala ini semua pihak akan terpalit jika tertimpa musibah daripada Allah SWT. Disarankan agar para pendakwah bahu-membahu bergabung dengan pakar ICT, memastikan usaha nahi mungkar dijalankan dengan betul. Keadaan semasa jelas menunjukkan kadar kerisauan terhadap penderitaan umat ini di kalangan kita masih berkurangan.

Selain itu, anak-anak kita yang menyiapkan tugasan sekolah mereka dengan melayari internet sebagai sumber pencarian bahan harus diawasi. Khuatir nanti ‘bahan’ yang mereka muat turun bukanlah bahan yang sepatutnya ditampal pada ‘buku skrap’ mereka. Untuk itu letakkan sahaja PC di ruang tamu supaya mudah kita mengawasi aktiviti online mereka.

Antara sedar atau tidak, sebenarnya gejala pornografi adalah perancangan rapi agenda Barat. Mereka mempunyai iltizam untuk merosakkan akhlak generasi Islam. Unsur-unsur lucah cuba ditanam pada minda belia agar nanti mereka membesar sebagai pemimpin yang tidak takutkan Allah. Di Indonesia, cadangan melaksanakan Rang Undang-Undang Pornografi dan Pornoaksi (RUU APP) panas dibahaskan. Bagaimana dengan kita di Malaysia? Tepuk dada tanya iman.

Kesimpulannya kepada mereka yang tidak dapat mengawal jiwa, cara terbaik adalah dengan tidak mengakses internet langsung. Elakkan daripada membuat sambungan talian internet jika anda merasakan diri anda tidak mampu dan iman anda lemah. Cubalah beristighfar dan kawal diri.

Melihat sahaja kepada Al-Quran sudah mendatangkan pahala, apatah lagi membacanya. Begitu juga, melihat sahaja pada gambar-gambar porno pada laman lucah sudah mengundang dosa

Awasi Email Anda

Isu-isu Keselamatan dan ‘Privacy’ dalam Penggunaan E-mail di Premis Kerja

Oleh: Sonny Zulhuda (Posted by sonnyzulhuda on January 19, 2008)

Pengenalan dan Definisi

E-mail, adalah singkatan daripada electronic mail (mail elektronik) dan selalunya digunapakai ataupun disebut e-mail, email atau hanya mail, merupakan kaedah penyimpanan dan penghantaran yang melibatkan aktiviti seperti menulis, menghantar, menerima dan menyimpan melalui sistem komunikasi elektronik. Perkataan “e-mail” digunapakai oleh kedua-dua sistem e-mail internet yang menggunakan sistem Simple Mail Transfer Protocol (SMTP) dan sistem intranet yang membolehkan pengguna dalam satu organisasi untuk berinteraksi antara satu sama lain. E-mail juga boleh digunakan untuk menghantar mesej dalam kuantiti yang banyak dan tidak sopan ataupun dikenali sebagai SPAM, tetapi terdapat program yang mampu untuk menapis dan menghapuskan mesej tersebut bergantung kepada keadaan dan keupayaan sesuatu program atau sistem. Mesej e-mail yang dihantar antara pengguna menggunakan Simple Mail Transfer Protocol (SMTP) dalah dengan menggunakan program perisian yang dia panggil Mail Transpost Agents (MTA). Pengguna boleh memindah turun (download) mesej daripada server dengan menggunakan protokol asas seperti Post Office Protocol (POP) atau Internet Message Access Protocol (IMAP).

Post Office Protocol versi 3 atau POP3 adalah merupakan protokol yang selalu digunakan oleh e-mail server. Mail boleh disimpan samada pada klien (client), pada server ataupun kedua-duanya sekali. Format yang biasa bagi mailbox termasuklah MailDir dan mbox. Bagi mesej e-mail yang tidak dapat dihantar, MTA penerima akan menghantar bounce message kembali kepada si penghantar untuk menyatakan masalah tersebut. Dengan ini, si penghantar dapat menyelesaikan masalah berpandukan kepada error message yang diterima daripada MTA tersebut. Mail file extensions, kebanyakkannya tetapi bukan semua, akan menyimpan mesej e-mail pengguna di fail yang berasingan atau membenarkan pengguna untuk menentukan dimana perlu disimpan mesej e-mail mereka. Setiap program dan aplikasi email untuk pengguna mempunyai extensions yang berlainan antaranya adalah seperti:

.eml : Merupakan e-mail extension bagi Mozilla Thunderbird dan Windows Mail Juga digunakan oleh Outlook Express

.emlx : digunakan oleh Apple Mail

.msg : Digunakan oleh Microsoft Office Outlook

Sekarang ini e-mail telah menjadi media komunikasi yang makin popular baik untuk tujuan komunikasi personal maupun untuk komunikasi rasmi dan urusan perniagaan. Hal ini disebabkan oleh semakin pesatnya kemajuan teknologi komunikasi dan maklumat menerusi Internet yang telahpun digunakan oleh hampir semua bidang industri dan sektor kerajaan di Malaysia. Hal ini pula merupakan konsekuensi dari perkembangan aplikasi e-government bagi bidang awam dan kerajaan, serta e-commerce bagi sektor industri dan swasta.

E-mel yang menjadi pilihan

Dalam menghadapi pesatnya e-commerce, sektor industri kini mula sedar bahawa e-mel dapat menentukan komunikasi yang efektif untuk mencapai hasil yang produktif serta rendah kos. Ini kerana dengan e-mel mereka dapat mencapai pasaran yang begitu besar jumlahnya dan tiada terbatas oleh sempadan geografi. Dengan demikian pula, tiada masa yang terbuang percuma untuk menyampaikan pengiklanan barang dan perkhidmatan yang hendak dipromosikan kepada orang ramai. Teknologi komunikasi murah menerusi e-mel dapat menggantikan penggunaan talian talipun, terlebih lagi untuk komunikasi antarabangsa dimana kosnya akan sangat tinggi jika menerusi talian talipun. Faksimili pula memiliki kerenahnya sendiri apabila komunikasi yang dilakukan tidak bersifat langsung (instantaneous).

Selain dari itu e-mel dapat melakukan penghantaran dokumen berupa teks, gambar, mahupun suara. Hal ini tidak dapat dilakukan menerusi faksimili, talipun ataupun radio. Kelebihan e-mel yang lainnya adalah ianya dapat dicapai bila-bila masa dan dimana saja. Baik itu di pejabat, di rumah, mahupun di kafe-kafe siber. Bahkan kini e-mel sudah dapat diakses menerusi perkhidmatan talipun selular (mobile phone). Nyatalah dengan kelebihan-kelebihan ini, teknologi e-mel makin menjadi pilihan ramai. Untuk tujuan diatas, pihak industri dan sektor kerajaan kini masing-masing telah mula membina sistem komunikasi dan maklumat mereka supaya dapat memamfaatkan komunikasi dan penyampaian maklumat, baik itu komunikasi antara majikan dan pekerja di sebuah syarikat; antara syarikat dengan pelabur, dengan rakan kerja, ataupun dengan para pelanggan dan pengguna. Kini majoriti pekerja di pejabat-pejabat sudahpun mula menggunakan e-mel untuk keperluan komunikasi mereka.

Masalah keselamatan E-mail

Beberapa isu mula berbangkit manakala e-mel sudah semakin popular digunakan oleh pihak industri. Salah satu isu yang sering terdengar ada isu keselamatan sistem maklumat dan perlindungan privasi pengguna. Bagi isu keselamatan, sudah banyak kejadian yang melibatkan aksi pencerobohan (intrusion) terhadap sesebuah sistem maklumat, dan yang lebih memeritkan lagi, apabila penceroboh itu melakukan pengrosakan dan perubahan terhadap sistem itu, serta mencuri maklumat yang tersimpan di dalamnya. Selain daripada itu, penyebaran virus menerusi sistem Internet juga menjadi salahsatu isu besar yang juga membabitkan keselamatan data dan sistem.

Dalam tahun 2002, MyCERT (Malaysian Computer Emergency Response Team) melaporkan sehingga bulan Oktober, tidak kurang daripada 631 kes berkaitan dengan jenayah komputer berlaku di Malaysia. Lebih dari separuh membabitkan hacking (227 kes), virus komputer (212 kes), dan pencerobohan (57 kes). Isu privacy pula menjadi hangat setelah banyak berlaku pencurian maklumat peribadi menerusi sistem maklumat. Pada Tahun lepas dilaporkan berlakunya pengambilan wang riuban ringgit menerusi ATM yang menunjukkan pencerobohan dan pencurian maklumat peribadi dari sebuah akaun bank.

Isu spamming kini menjadi ancaman bagi pengguna sistem e-mel dan Internet. Ini berlaku ketika banyaknya e-mel yang masuk mula memenuhi store penyimpanan data bagi sebuah sistem. Jika store itu penuh dengan tiba-tiba, sudah tentu ia akan menegah masuk e-mel-e-mel lain yang penting seperti urusan perniagaan dan bisnis. Bagaikan tamu tak diundang, spam yang menawarkan berbagai barang dan perkhidmatan ini dapat menganggu keselesaan pemakai e-mel, dan dinilai sebagai pencerobohan privasi, kerana memanfaatkan ruang e-mel mereka tanpa adanya kebenaran. Mengikut laporan MyCERT, kes spamming sepanjang tahun 2002 dilaporkan mencecah 100 kes hingga bulan Oktober. Sementara itu, masih lebih banyak lagi kes yang mungkin tidak dilaporkan oleh pemakai.

Penggunaan e-mail yang tidak terkawal

Berbagai isu keselamatan dan privacy ini dapat berpunca dari penggunaan e-mel yang tidak terkawal dan tanpa sebarang bimbingan (guidance) yang betul. Malah hal ini dapat membantu memudahkan aksi-aksi pencerobohan tersebut, serta membuka jalan untuk melakukan bentuk-bentuk jenayah yang lain seperti pencurian maklumat, kes fitnah dan malu (defamation), pencerobohan hak cipta, serta pencurian wang melalui pencerobohan kad kredit. Penggunaan e-mel syarikat yang tidak terkawal, komunikasi personal yang tidak perlu, serta penggunaan internet bukan untuk urusan pekerjaan disenaraikan sebagai beberapa faktor yang memungkinkan berlakunya pencerobohan sistem dan maklumat.

Pencerobohan ini sering berlaku karena pengguna Internet percaya bahwa identiti mereka dapat disembunyikan ketika mereka online. Anggapan ini tidak tepat sama sekali kerana identity kita sangat mudah terserlah menerusi Internet disebabkan kemajuan berbagai teknologi maklumat seperti cookies. Cookies adalah fail-fail elektronik yang dihantar oleh pemilik laman web untuk merekodkan aktiviti pengguna menerusi Internet. Rekod digital inilah yang dijadikan oleh pemilik cookies tadi untuk mendapatkan identiti pengguna sehingga dapat digunakan untuk menghantar iklan menerusi spamming. Dalam konteks ini, pihak kerajaan, industri dan mana-mana pihak yang telah membina sistem komunikasi dan maklumat menerusi Internet perlu mengambil kira berbagai risiko yang dapat menjejaskan aktiviti mereka ini, dan mengambil tindakan preventif (pencegahan) dengan memastikan dasar dan peraturan penggunaan e-mel di pejabat-pejabat mereka.

Tindakan pencegahan menerusi ‘internal e-mail policy’

Tindakan pencegahan ini dapat dilakukan dengan berbagai cara. Yang paling mustahak adalah melalui pelaksanaan kod amalan (Code of Practice) atau dasar dalaman (Internal Policy) bagi penggunaan internet dan e-mel di premis pejabat. Selain itu, tindakan mengikut undang-undang juga perlu dirujuk, seperti undang-undang siber dan kanun jenayah. Kod amalan penggunaan e-mel perlu difahamkan kepada semua pegawai di premis kerja supaya tahu risiko yang boleh berlaku apabila mereka memakai e-mel dan Internet. Beberapa hal yang boleh dijadikan panduan dalam membuat kod amalan adalah seperti tersenarai:

E-mel hanya boleh digunakan untuk keperluan kerja saja; E-mel lama yang sudah tidak relevan perlu dipadamkan dari akaun; Berhati-hati apabila mendapatkan attachment dari e-mel dari alamat yang tidak dikenal, jangan membuka attachment untuk menghindari kemungkinan virus computer; Jika terdapat spam atau e-mel yang memuat iklan jualan, blok alamat pengirimnya, atau hubungi pegawai teknikal sistem; dan Pihak pengurusan dapat melakukan periksa dan pengawasan terhadap sistem e-mel di premis kerja. Ini hanyalah sebahagian dari contoh dasar-dasar untuk mengawal aktiviti e-mel supaya tidak menyebabkan kes-kes pencerobohan.

Undang-undang Siber dan Perlindungan Data Peribadi

Dalam konteks penguatkuasaan undang-undang, berbagai kes jenayah komputer diatasi dengan Akta Jenayah Komputer (Computer Crimes Act) 1997 yang merupakan rangkaian paket undang-undang siber di Malaysia. Walaupun ada anggapan sesetengah pihak bahwa akta ini masih sangat terhad cakupannya, namun kehadiran akta ini boleh dianggap sebagai langkah yang sangat tepat bagi menjawab cabaran teknologi kamunikasi dan maklumat sekarang ini. Akta ini penting bagi menutupi kekurangan undang-undang lama dalam mengatasi jenayah teknologi. Sayangnya, manakala kita sudah memiliki undang-undang untuk mengatasi isu keselamatan, isu privacy pula masih belum dilindungi secara komprehensif dalam sebuah undang-undang. Dalam konteks inilah, rujukan perlu dibuat kepada draft (bill) akta perlindungan data peribadi (PDP) yang mungkin akan diluluskan oleh parlimen pada tahun ini. Ini kerana undang-undang ini adalah yang paling komprehensif bagi pengaturan perlindungan privacy dalam kaitannya dengan sistem maklumat. Undang-undang ini telahpun disusun mengikut perkembangan semasa dalam isu komputer dan Internet.

Akta PDP ini dimaksudkan khasnya untuk mengatur tata cara pengumpulan, penggunaan, pmrosesan (processing), pertukaran, dan penyimpanan maklumat peribadi baik itu dalam bentuk otomatik ataupun manual. Akta ini mengatur hak-hak para pengguna dalam kaitannya dengan perlindungan privacy atau hak peribadi mereka. Dengan akta ini misalnya, pengguna dibenarkan untuk mengetahui samada maklumat mereka ada disimpan oleh industri berkenaan, dan apa yang akan dibuat terhadap maklumat peribadi itu. Selain itu, pihak industri tidak boleh meneruskan praktik pemasaran langsung (direct marketing) menerusi e-mel apabila tidak disetujui oleh orang yang menerima e-mel berkenaan. Ketentuan ini kiranya sedikit banyak boleh membantu memecahkan masalah spamming. Secara ringkasnya juga dapat dipastikan, bahwa kehadiran akta PDP akan dapat memberikan impak yang positif bagi perkembangan e-commerce di Malaysia.

Penutup

Sebagai kesimpulan, perlu disedari bahwa penggunaan e-mel sangat erat fungsinya bagi memajukan aplikasi e-government dan e-commerce yang kini telah menjadi tumpuan pemabngunan negara. Namun penggunaan kemudahan ini perlulah diarahkan kepada bentuk yang paling efektif baik menerusi dasar dalaman premis kerja, mahupun penguatkuasaan undang-undang. Tindakan ini pada masa yang sama akan mengurangkan berbagai risiko keselamatan dan pencerobohan privacy yang dapat merugikan pemilik sistem itu sendiri.

Rujukan:

http://sonnyzulhuda.wordpress.com/2008/01/19/isu-isu-keselamatan-dan-privacy-dalam-penggunaan-e-mail-di-premis-kerja/

10 ciri web terbaik

10 Tips Untuk Laman Web Yang Baik Terdapat beberapa perkara penting yang harus diambil kira semasa merekabentuk laman web. Tips yang berikut amat bagus bagi menghasilkan laman web yang baik dan menggembirakan pengunjung anda:

1. Navigasi – pastikan anda merekabentuk menu anda dengan jelas dan mudah untuk dilihat. Pilih warna yang sesuai supaya ianya dapat dibezakan sebagai menu. Navigasi haruslah konsisten tak kira di mana anda meletakkannya – atas, tepi kiri, tepi kanan atau bawah.

2. Grafik – grafik yang digunakan hendaklah dioptimizekan supaya ianya cepat diload dan tidak berat. Rekabentuk grafik yang menarik menjadikan laman web anda unik dan menarik di pandangan mata pengunjung. Pemilihan konsep warna yang sesuai juga amat penting.

3. Logo atau nama – pastikan logo atau nama laman web anda dipaparkan dengan jelas kerana ianya adalah identiti.

4. Font – pilih font yang standard sahaja seperti Arial, Verdana, Times. Jika anda menggunakan font yang bukan standard, orang lain tidak akan dapat melihatnya kerana font tersebut tiada di dalam PC mereka. Jadikan imej/grafik untuk font yang lain.

5. Resolution – 800 x 600 pixel atau lebih tinggi? Untuk masa sekarang ini, gunakan 800 x 600 untuk lebih selamat. Mungkin tidak berapa masa lagi, standard resolution akan berpindah ke 1024 x 768 pula.

6. Cara menghubungi anda – letakkan cara-cara pengunjung boleh menghubungi anda sekurang-kurangnya alamat email.

7. Objektif – pastikan anda tahu dan faham apa tujuan laman web tersebut dibina kerana ia akan mempengaruhi pelbagai aspek rekabentuk – warna, target audience, teknologi, dsb. Isi laman web juga haruslah fokus kepada objektif.

8. Isi kandungan – bak kata orang ‘content is king’. Jadi laman web anda haruslah mempunyai isi kandungan yang paling baik dan menarik supaya orang akan dapat memanfaatkan kunjungan mereka.

9. Look and feel – pastikan keseluruhan look and feel laman web anda konsisten supaya pengunjung tidak akan terasa seperti telah pergi/keluar daripada laman web anda.

10. Load – pastikan loading laman web anda tidak terlalu berat. Kalau boleh, jumlah kilobite (html, imej, scripts, flash) untuk satu laman adalah tidak lebih daripada 100kb.

Semangat Merdeka Jalur Gemilang

Soal Jawab ICT

Followers