s

Wednesday, March 23, 2011

KEPUTUSAN SPM 2010 SUBJEK ICT

Keputusan SPM , subjek ICT bagi Smk Tunku Abdul Rahman Putra Sabak Bernam mengekalkan 100% lagi, sejak tahun 2003. Ini bermakna subjek ini telah masuk 9 tahun peratusan kekal seperti itu. Pelajar terbaik Lee Jian Yi mendapat A-. Mohd Zamir=B+, Nurul Huda, Mohd Izzat=B. Pelajar luar kelas juga mendapat kepujian, Gunaselan dan lain-lain TAHNIAH!.. M.Nor Addy,Gunaselan,Ameera=C+, Xiao Mei,Ain Nabila,Sha, Yul, Ruzy, Thines dan Haidar= C

Tuesday, March 22, 2011

Pentaksiran dan Penilaian Kerja Kursus ICT SPM



Pentaksiran dan Penilaian Kerja Kursus ICT akan di jalankan di peringkat sekolah sahaja. Memandangkan belanja pengurusan yang banyak dan peruntukan tiada, maka langkah ini adalah yang terbaik. Walaubagaimanapun pemantauan akan dilakukan oleh Tuan Pengetua sekolah yang berkaitan itu sendiri.

Monday, March 14, 2011

BINGKISAN CUTI Ting 5USM (Kerja Multimedia)

Kerja Multimedia mestilah memenuhi elemen multimedia seperti TEKS, GRAFIK, AUDIO, ANIMASI DAN VIDEO. Mesti hantar 2 minggu dari sekarang 25 MACH 2011

BINGKISAN CUTI POWER POINT TING 4USM

TAJUK-TAJUK BERIKUT UNTUK KERJA KURSUS TINGKATAN 4 BUAT SEKURANG-KURANGNYA 10 SLIDE DAN HANTAR PADA 24 MACH 2011 (2 MINGGU ) DARI SEKARANG

Update Blog tajuk berikut: (Pastikan 12/3/2011 dah siap)
1. Differences between computerised and nonkomputerised
2. Impact of ICT on society
3. Dinfferentiate between Ethics and Law.

Friday, February 25, 2011

KUIZ FORM 5

1. STATE THE DIFINATION OF PROGRAMMING LANGUAGE
2. WHAT THE MEANING OF ASSEMBLER IN PROGRAMMING LANGUAGE

Sunday, February 20, 2011

Skuriti Bank macam kurang berkesan.. pendapat anda?

KUALA LUMPUR: Kes kerugian sebuah bank tempatan yang didakwa memberi pinjaman berjumlah RM19 juta kepada dua syarikat bagi tujuan membekalkan alat ganti pesawat MiG-29N milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kini dalam sisatan polis.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata pihak bank telah membuat laporan polis selepas mendapati kedua-dua syarikat berkenaan sebenarnya tidak wujud.
“Kita sedang jalankan siasatan berhubung kerugian bank itu setelah pihak bank menyerahkan wang pinjaman berjumlah RM19 juta kepada dua syarikat yang kononnya pinjaman terbabit dibuat bagi membekalkan alat ganti pesawat MiG-29N.
“Siasatan itu telah dimulakan sejak polis menerima laporan berhubung kes itu minggu lepas dan ia disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Maulidur Rasul 1432H/2011M peringkat Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas laporan sebuah akhbar hari ini berhubung kes dua syarikat yang mengemukakan permohonan kepada sebuah bank bagi membuat pinjaman korporat untuk membolehkan mereka membeli alat-alat ganti pesawat MiG-29N.
Kedua-dua syarikat itu didakwa mengemukakan maklumat serta dokumen lengkap yang meyakinkan pihak bank untuk meluluskan pinjaman berkenaan.
Bagaimanapun, hasil pemeriksaan yang dijalankan, pihak bank mendapati syarikat itu tidak wujud dan pihak bank turut gagal mengesan individu yang membuat pinjaman berkenaan. – BERNAMA

Thursday, February 17, 2011

Najib: 1Malaysia kesinambungan konsep kepimpinan terdahulu

KUANTAN, 18 April — Konsep “1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan” bukan sekadar satu slogan sebaliknya merupakan kesinambungan konsep daripada dua kepimpinan terdahulu dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata konsep berkenaan adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Bagaimana proses nak sampai kepada matlamat kita, nak sampai pada destinasi, maka tidak lain dan tidak bukan ialah 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan.

“Insya-Allah, kalau berpegang pada konsep ini, kita akan menjadi negara maju, kita akan jadi cemerlang, gemilang dan terbilang,” katanya dalam ucapan pada majlis Sambutan Meraikan Perdana Menteri di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 1 di sini, hari ini yang dihadiri kira-kira 40,000 orang.

Ini merupakan kepulangan pertama anak kelahiran Kuala Lipis itu ke negeri Pahang selepas dilantik menjadi Perdana Menteri pada 3 April lepas.

Turut hadir ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk S.K Devamany.

Najib berkata bersandarkan konsep itu, tumpuan kepada pembangunan dalam menjadi sebuah negara maju akan diseimbangkan dengan keperluan rakyat tanpa mengira kaum.

Beliau bagaimanapun berkata, untuk menjayakan misi itu, rakyat segenap lapisan perlu mengubah minda supaya tidak terkongkong dengan cara pemikiran lama.

Katanya, 1Malaysia akan berjaya jika rakyat saling bantu membantu tanpa mempersoalkan status kaum masing-masing.

Najib turut mengingatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) mengubah minda supaya tidak hanya mementingkan jawatan dan kuasa sebaliknya peka dengan persekitaran dan pemikiran rakyat pada masa ini. “Jangan kita ralit dengan proses dalam parti kita, jangan kita utamakan hanya hendak jawatan, kempen beria-ia siang malam, tapi masa pilihan raya K.O,” katanya.

Perdana Menteri berkata BN perlu bangkit untuk menunjukkan kemampuan sebenar sebelum diadili oleh suara rakyat pada pilihan raya akan datang.

Wednesday, February 16, 2011

ANUGERAH KUALITI PPD SABAK BERNAM 2010

Tuan Pengetua; Dr Hjh Rosnah Bt Selamat

SMKTARP telah merangkul 13 anugerah menjadikan penerima anugerah kedua terbanyak bagi Pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam. Mengungguli senarai kecemerlangan ialah:

1. Pengurusan KoKurikulum cemerlang (Pasukan Roket )
2. Pengurusan cemerlang Makmal komputer,
3.Pencapaian Cemerlang akademik PMR (Subjek BahasaArab),
4 Pengurusan cemerlang Kelas Rancangan Khas,
5. Pencapaian cemerlang mp SPM lulus 100% ( Biologi, ICT,....dll)
6. Pusat Kaji cuaca Terbaik.
7. Pengurusan Cemerlang Bilik PJK.
8. Program Cemerlang Anti Dadah,
9. Pengurusan Cemerlang Bilik Kaunseling,
10. Pengurusan cemerlang program Rakan Sebaya dan
11. Bilik Kesihatan Terbaik..
12.Bilik BOSS dapat 3 bintang
13. Bilik Pengurusan Storsukan cemerlang T A H N I A H

Sunday, February 13, 2011

SEMAKAN PELAJAR KE PLKN

Semakan Status Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Siri 8/2011 (Siri Ke-8 Tahun 2011)







Semakan Status Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Siri 8/2011 (Siri Ke-8 Tahun 2011)



1. Melalui



Laman Web : http://www.khidmatnegara.gov.my/ , atau



2. Melalui SMS :menaip PLKN SEMAK Nombor Kad Pengenalan



dan dihantar ke 15888

Semangat Merdeka Jalur Gemilang

Soal Jawab ICT

Followers